Kompang 20 Timur ini memainkan pukulan zapin yang dibawa turun oleh En. Hussin dari kem tentera di melaka. Kumpulan kompang ini ditubuhkan pada tahun 2001 yang diketuai oleh Nasrul dan ahli kumpulan pada tahun itu hanya 10 orang. Selepas itu kami bergerak dimerata tempat dengan hasil dari En. Hanafiah yang banyak membantu kami dari segi pakaian dan kompang.
Selepas beberapa tahun kami bergerak, ramai yang berminat untuk main kompang lagi-lagi anak-anak kecil. Kami pergi ke majlis-majlis perkahwinan dan perasmian dengan pakaian yang setiap bulan kami tukar dengan warna-warna yang menarik, tidak beberapa lama selepas itu kumpulan kami berpecah disebabkan semua sudah berkahwin dan tiada masa untuk berkumpul dan selepas itu yang mengetuai kami adalah Ariffin dan ahli pada tahun 2006 seramai 15 orang. Selepas itu kami bergerak meneruskan dan menghidupkan kumpulan kompang ini dan sekarang kumpulan kami terus dengan pukulan dan nyanyian zapin kami.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan