Rentak




CARA-CARA UNTUK MEMAIN KOMPANG

Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu ‘pak’ dan bunyi ‘bung’Pukulan ‘pak’ mestilah lebih berat daripada bunyi ‘bung’.

Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbukaKekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul. 

Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jariManakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan.  Sila rujuk posisi dan cara memegang kompang.  

PUKULAN KOMPANG

Tiga kumpulan paluan tersebut dipanggil MelaluMeningkahdan Menyilang.
        - Kumpulan Melalu memainkan rentak asas.
        - Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu.
          - Kumpulan Meningkah menjadi penghias rentak yang  dimainkan paluan antara kumpulan  Melalu dan Menyilang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan